Pelarasan Tarif Elektrik TNB 2024 – Kalkulator Tarif Elektrik

Last Updated on March 4, 2024 by admin

Mulai 1 Mac 2024, kadar Cukai Perkhidmatan adalah 8%, seperti yang diumumkan semasa pembentangan bajet 2024 pada 13 Oktober 2023. Perubahan ini memberi kesan kepada pelanggan domestik (Tarif A) dengan penggunaan elektrik melebihi 600 kWh dalam tempoh bil 28 hari atau lebih; atau jika tempoh bil kurang daripada 28 hari, Cukai Perkhidmatan dikenakan ke atas keseluruhan penggunaan elektrik.

Pelarasan Kadar Tarif Elektrik 2024

Pada tahun 2024, Suruhanjaya Tenaga (ST) telah melaksanakan pelarasan kadar tarif elektrik di bawah mekanisme Pelepasan Kos-Kos Tidak Seimbang (ICPT). Berikut adalah beberapa maklumat penting mengenai pelarasan ini:

  1. Subsidi Elektrik 2024 – 85% Pengguna Domestik Tidak Terjejas: Sebanyak 85% atau tujuh juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2024. Ini disebabkan oleh keputusan kerajaan untuk mengekalkan rebat 2 sen/kilowatt-jam (kWj) bagi golongan pengguna dengan penggunaan elektrik sebanyak 600kWj dan ke bawah sebulan.
  2. Kategori Tarif Elektrik:
    • Penggunaan 200kWj dan ke bawah: RM0.218 per kWh
    • Penggunaan 201-300kWj: RM0.334 per kWh
    • Penggunaan 301-600kWj: RM0.516 per kWh
    • Penggunaan 601-900kWj: RM0.546 per kWh
    • Penggunaan 901kWj dan ke atas: RM0.571 per kWh
  3. Pengguna Bukan Domestik:
    • Kategori tarif komersial dan perindustrian voltan rendah (tarif B dan D), tarif pertanian spesifik (tarif H, H1, dan H2) serta operator air dan pembetungan tidak akan mengalami kenaikan tarif elektrik dengan surcaj ICPT pada kadar 3.7 sen/kWj dikekalkan.
    • Pengguna bukan domestik lain akan terus dikenakan surcaj pada kadar 17 sen/kWj.
  4. Subsidi dan Impak Terhadap Pengguna:
    • Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM1.9 bilion subsidi kepada semua kategori pengguna terbabit bagi meminimumkan impak surcaj ICPT sepanjang tempoh pelaksanaan.
    • Pengguna disarankan untuk merujuk kepada bil elektrik bulanan masing-masing bagi memantau penggunaan elektrik dan subsidi yang diberikan.

Kalkulator Tarif Elektrik TNB

ST juga menasihatkan pengguna untuk merujuk kepada bil elektrik bulanan masing-masing bagi memantau penggunaan elektrik dan subsidi yang diberikan. Pengguna yang ingin menganggarkan kos bil elektrik bulanan pada masa akan datang boleh menggunakan kalkulator tarif elektrik yang terdapat di laman sesawang myelectricitybill.my.

Perubahan tarif elektrik di bawah mekanisme ICPT terpakai kepada semua pengguna di Semenanjung Malaysia kecuali pengguna di Kulim Hi-Tech Park, Kedah.

Golongan yang akan terkesan dengan pelarasan ini:

Secara ringkasnya:

  • Golongan M40: Penggunaan elektrik melebihi 600 kWh sebulan.
  • Bil elektrik bulanan kini di antara RM220.36 hingga RM736.92.
  • Kenaikan antara RM12.02 hingga RM31.06 sebulan atau RM144 hingga RM373 setahun.
  • Contoh: Pengguna dengan bil elektrik RM220.36 akan mengalami kenaikan 5.5% atau RM12.02 ke RM232.38.
  • Isi rumah dengan bil elektrik RM387.07: Terkesan dengan kenaikan RM18.36 (4.8%) ke RM405.43.
  • Pengguna dengan bil elektrik RM736.92: Akan mengalami kenaikan RM31.06 (4.2%) ke RM767.98.
  • Pengguna dengan bil elektrik RM942 ke atas: Tidak terkesan kali ini kerana telah dikenakan kenaikan minimum 25% sejak bulan Julai 2023. Bulan Jun 2023, bil elektrik sebanyak RM708 sudah pun naik ke RM942 bermula bulan Julai 2023. Kenaikan minimum RM234 sebulan bersamaan dengan beban tambahan RM2,808 setahun ke atas.

Dalam berita terkini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa isi rumah yang menggunakan elektrik secara berlebihan tidak lagi akan menerima subsidi elektrik. Walaubagaimanapun, kerajaan tidak akan menaikkan kadar elektrik bagi golongan berpendapatan rendah (B40). Bagi golongan T20, rumah-rumah besar tidak akan diberi subsidi elektrik. Pangkalan Data Utama (PADU) akan mengawal dan menyelaraskan penilaian bagi agihan subsidi kepada golongan yang layak.