Semakan Status STR 2024 (Sumbangan Tunai Ramah) & Cara Permohonan Baru

Last Updated on April 4, 2024 by admin

Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

MySTR ialah platform dalam talian yang membolehkan pemohon kemas kini permohonan dan melakukan semakan bagi STR 2024.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 merupakan sokongan tahunan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia untuk rakyatnya. Fokus utama program ini adalah untuk memberikan bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan, sambil menggalakkan peningkatan kualiti hidup rakyat.

Apakah kriteria kelayakan ditentukan untuk penerima STR 2024?

Kriteria kelayakan bagi penerima STR 2024 merangkumi:

  • isi rumah dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah,
  • warga emas yang tiada pasangan dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah,
  • individu bujang dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah.

Kriteria penerima STR dalam kategori bujang termasuk individu bujang atau ibu atau bapa tunggal yang tidak memiliki anak yang layak, berumur di antara 21-59 tahun, dan pendapatan kurang daripada RM2,500.

Bila dan berapakah jumlah bayaran STR 2024 yang akan diterima sekiranya layak?

Tarikh Pembayaran:

MySTR 2024 Fasa 1 : 29 Januari 2024
MySTR 2024 Fasa 2 : 3 April 2024
MySTR 2024 Fasa 3 : Ogos 2024 (Tarikh akan dikemaskini)
MySTR 2024 Fasa 4 : November 2024 (Tarikh akan dikemaskini)

Jumlah Bayaran STR 2024:

sila rujuk Faqs di bawah

STR
STR
STR
STR
STR
STR
STR
STR
STR

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web ini

Siapakah yang perlu membuat permohonan baru atau mengemas kini untuk STR 2024?

Pemohon yang perlu membuat permohonan baru STR termasuk mereka yang tidak mempunyai rekod dalam sistem STR, serta isi rumah dengan pendapatan RM5,000 ke bawah.

Manakala, mereka yang perlu mengemas kini termasuk pemohon yang tidak membuat pengemaskinian permohonan dalam tiga tahun berturut-turut semasa pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021, dan BKM 2022.

Sila ambil perhatian bahawa amaun bayaran yang diterima adalah mengikut amaun bagi setiap fasa permohonon. Sekiranya permohonan anda diluluskan selepas STR fasa 1, anda hanya akan menerima amaun bayaran bermula daripada fasa yang seterusnya, tanpa mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan.

Bagaimana cara pembayaran STR Fasa 1 akan dijalankan mulai 29 Januari 2024?

Mulai 29 Januari 2024, pembayaran STR Fasa 1 untuk penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR akan dikreditkan ke dalam akaun bank mereka atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk membuat permohonan baru atau mengemaskini STR 2024?

cara menggunakan MySTR 2024

Cara Log Masuk Untuk Menyemak Status MySTR:

Untuk membuat permohonan baru atau mengemaskini STR 2024, pemohon boleh melakukannya secara dalam talian melalui Portal STR 2024 atau dengan menghantar borang permohonan ke pejabat LHDNM.

Untuk log masuk, anda memerlukan ID Pengguna (No. MyKad) dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

3 semak status str 2024

4 Semak status permohonan mySTR2024

Pemohon boleh mengemaskini maklumat, menyemak status permohonan, membuat rayuan, dan lain-lain.

5_kemaskini_semak status_rayuan mystr 2024

 

Jika anda terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan, ID MySTR anda akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Untuk bantuan lanjut, sila hubungi Pejabat LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Cara Pendaftaran Baru MySTR:

Untuk permohonan baru, klik butang “Permohonan Baharu STR 2024.”

1 permohonan baru str 2024

Isi semua maklumat dan muat naik dokumen yang diperlukan (jenis fail: .pdf, .png, .jpg, .jpeg) sebelum klik “Teruskan”. Antara maklumat yang dikehendaki termasuk:

  • Nombor Mykad pemohon
  • Umur
  • Jantina
  • Nombor telefon bimbit
  • Pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Alamat, Poskod, Bandar, Negeri
  • Nama Bank & Nombor Akaun
  • Alamat e-mel
  • Maklumat Waris

Selepas membuat “Pengesahan,” klik “Hantar.”

2 PERMOHONAN BAHARU mySTR2024

Bagaimanakah proses rayuan STR 2024 dijalankan?

Jawapan: Proses rayuan STR 2024 boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas keputusan permohonan dikeluarkan. Individu yang layak merayu termasuk mereka yang tidak berjaya mendapat kelulusan STR 2024 atau yang memerlukan tambahan seperti anak, perubahan status perkahwinan, dan perubahan pendapatan.

Di mana boleh dilakukan semakan status kelayakan STR dan mendapatkan maklumat lanjut tentang program ini?

Semakan status kelayakan STR dan maklumat lanjut tentang program ini boleh didapati di Portal Rasmi STR, melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan menggunakan nombor MyKad pemohon.