i-Saraan KWSP 2024: Bagaimana Untuk Mendaftar, Menyimpan, Menyemak & Manfaat

Last Updated on February 15, 2024 by admin

Adakah anda tahu, kerajaan dan KWSP telah melancarkan Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan yang dipanggil i-Saraan KWSP untuk memudahkan ahli yang menjalankan perniagaan sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap termasuk suri rumah untuk menyumbang secara sukarela untuk persaraan mereka?

Yang lebih menarik, ahli yang menyumbang juga akan mendapat sumbangan tambahan dari kerajaan.

Peningkatan Bantuan i-Saraan KWSP 2024

Belanjawan 2024 Malaysia MADANI menyaksikan peningkatan bantuan tunai apabila had sumbangan sepadan kerajaan di bawah program i-Saraan dan i-Suri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dinaikkan pada tahun 2024.

Untuk tahun 2024, had sumbangan untuk program i-Saraan KWSP dinaikkan kepada RM500 setahun, terhad kepada RM5,000 sepanjang hayat

Perubahan jumlah insentif sumbangan sepadan untuk program i-Saraan ini adalah antara peningkatan strategik produk dan dasar yang memberi kesan kepada memperkuatkan persaraan dan jaminan pendapatan ahli KWSP.

Sebagai perbandingan, pada tahun 2023, kerajaan telah memberi insentif sumbangan sepadan sebanyak 15% daripada jumlah sumbangan dengan had maksimum RM300 setahun kepada pencarum yang layak/memuhi syarat.

Bagi separuh tahun pertama 2023, insentif kerajaan sebanyak RM28 juta telah dimasukkan ke dalam akaun 211,361 ahli di bawah program i-Saraan.

Apakah i-Saraan KWSP?

Mungkin ramai lebih mengenali tentang i-Suri, tetapi i-Suri terhad dengan syarat-syarat tertentu; seperti suri rumah atau ibu tunggal yang berdaftar dengan e-kasih.

Manakala i-Saraan pula dibuka kepada lelaki atau perempuan yang menjalankan perniagaan sendiri dengan pendapatan tidak tetap, atau suri rumah yang tidak layak memohon i-Suri.

Tujuannya adalah untuk menggalakkan golongan yang menjalankan perniagaan sendiri (bekerja sendiri) dan tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyumbang secara sukarela mengikut kemampuan.

Antara tujuan pelancaran i-Saraan KWSP:

– Menyediakan saluran untuk golongan yang menjalankan perniagaan sendiri (bekerja Sendiri) dan mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap menabung untuk persaraan mereka.
– Meningkatkan jumlah orang yang menjalankan perniagaan sendiri menabung dengan KWSP
– Menunjukkan perhatian Kerajaan kepada orang yang menjalankan perniagaan sendiri dengan memberi insentif untuk menabung untuk persaraan mereka.
– Mengurangkan jumlah warga emas yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Manfaat i-Saraan KWSP:

Insentif Khas
– Mendapat insentif khas sebanyak 15% daripada jumlah sumbangan sehingga maksimum RM500 dalam tahun semasa.
– Had insentif sepanjang hayat sebanyak RM5,000 atau mencapai umur 60 tahun yang mana lebih awal​.
– Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.

Dividen Tahunan
Menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan anda.

Bantuan Kematian
Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP.

Pelepasan Cukai
Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN.

Siapa Yang Layak Memohon i-Saraan KWSP

Syarat-syarat kelayakan i-Saraan iaitu:

  • Mendaftar sebagai ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 60 tahun ke bawah
  • Individu yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap, anggota perkhidmatan awam dalam skim perkhidmatan berpencen serta pekerja sektor ekonomi gig.

*Contoh Orang Yang Bekerja Sendiri:

  • Petani/ nelayan/ pemandu teksi
  • Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
  • Pengasuh bayi
  • Ejen menerima komisen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
  • Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, jurulatih kesihatan, perunding)
  • Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
  • Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
  • Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam)
  • Suri rumah
  • Pekerja Berpencen

Cara Daftar & Saluran Pembayaran i-Saraan KWSP

Tiada caruman minimum yang ditetapkan bagi setiap bulan.

Rujuk cara pendaftaran seperti berikut:

LANGKAH 1 : BUKA LAMAN WEB KWSP (i-Akaun) ATAU APLIKASI i-Akaun KWSP

Laman web i-Akaun: https://iakaun.kwsp.gov.my/portal/member/login

ATAU

Sekiranya anda / suri rumah telah berdaftar sebagai ahli KWSP, boleh klik pautan ini untuk pendaftaran i-Saraan.

Langkah 1: Log masuk sebagai ahli KWSP

Langkah 2: Di menu utama, klik pada Daftar i-Saraan

Langkah 3: Klik pada menu simpanan & klik butang ‘Top up’

Langkah 4: Masukkan jumlah caruman

Langkah 5: Sahkan butiran maklimat dan klik ‘Teruskan’

Langkah 6:Setelah membuat transaksi, klik butang ‘Selesai’

Caruman boleh dibuat melalui saluran berikut:

Perbankan Internet:

  • Alliance Bank
  • Bank Islam
  • Bank Muamalat
  • BSN
  • CIMB Bank
  • Hong Leong Bank
  • Kuwait Finance House
  • Maybank
  • MBSB
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • Ambank

Kaunter Ejen Bank

Pembayaran secara tunai/cek di kaunter ejen bank:​

  • BSN​
  • Maybank​
  • Public Bank​
  • RHB Bank – Hanya menerima pembayaran kad debit dan pindahan debit sahaja.​

Nota: Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i‑Saraan/i‑Suri – KWSP 6A (2)

Jika bayaran menggunakan cek atau draf bank:

Bayaran hendaklah dibuat kepada KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA​.

Sila catat nombor ahli KWSP, bulan caruman dan nombor telefon di bahagian belakang.

Ejen Bank Berdaftar

Pembayaran secara elektronik/tunai melalui​ Ejen Bank (EB) BSN.​

Pejabat KWSP

Pembayaran secara tunai (maksimum RM500)/cek/draf bank/kiriman wang/wang pos boleh dibuat di Kaunter Peresitan Pejabat KWSP berikut:​

  • KWSP Shah Alam​
  • KWSP Kuala Lumpur​
  • KWSP Ipoh​
  • KWSP Seberang Jaya​
  • KWSP Alor Setar​
  • KWSP Kangar​
  • KWSP Johor Bahru​
  • KWSP Muar​
  • KWSP Melaka​
  • KWSP Seremban​
  • KWSP Kuantan​
  • KWSP Kuala Terengganu​
  • KWSP Kota Bharu​
  • KWSP Kota Kinabalu​
  • KWSP Kuching​

Pembayaran secara Kad Debit disediakan di semua Pejabat KWSP.​

​Nota: Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i-Saraan/i-Suri – KWSP 6A (2)
KWSP tidak menggalakkan ahli membuat pembayaran secara tunai untuk jumlah yang besar di kaunter Pejabat KWSP.

Jika bayaran menggunakan cek atau draf bank:

Bayaran hendaklah dibuat kepada KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA​.

Sila catat nombor ahli KWSP, bulan caruman dan nombor telefon di bahagian belakang.

Jumlah Caruman Bagi Menerima Amaun Insentif Khas Maksimum

Ahli layak menerima insentif khas berdasarkan caruman padanan sebanyak 15% daripada jumlah caruman terkumpul tahun semasa yang dibuat oleh ahli. Bagi membolehkan ahli menerima insentif khas maksimum sebanyak RM500 setahun, ahli perlu mencarum sekurang-kurangnya RM3,334 setahun.

Rujuk contoh di bawah:

Ahli Jumlah Caruman Terkumpul Tahun Semasa Amaun Tahunan Insentif Khas
Ahmad RM1,000 RM150
Baba RM3,334 RM500
Kevin RM5,000 RM500

Bagaimana Sumbangan Kerajaan Akan Dikreditkan?

KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun.

Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan.

Had Caruman

Minimum: Tiada had
Tertakluk kepada saluran pembayaran

Maksimum: RM100,000 setahun
Had maksimum terkumpul bagi Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, Caruman i-Saraan, Caruman i-Suri dan Caruman Penambahan Simpanan Akaun 1) melalui semua saluran bayaran adalah RM100,000 setahun.

Cara Mendaftar i-Saraan​

KWSP i-Akaun

Pendaftaran i-Saraan/i-Suri melalui aplikasi KWSP i-Akaun

Laman Web KWSP

Pendaftaran i-Saraan secara dalam talian

Self Service Terminal (SST)​

Lawati mana‑mana lokasi SST
MyKad

Pejabat KWSP

Isi borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan/i-Suri – KWSP 16G (M)
MyKad

Apa Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran iSaraan KWSP?

MyKad
Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai iSaraan KWSP boleh disalurkan melalui:

Talian Khidmat Pelanggan KWSP: 03-896226000

Layari laman web ini – https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/simpanan/i-saraan

Soalan Lazim

Adakah ahli yang telah mencapai umur 60 tahun boleh mendaftar i-Saraan?

Tidak. i-Saraan hanya terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 60 tahun.

Apakah tujuan bayaran insentif khas i-Saraan dinaikkan daripada RM300 ke RM500 setahun dengan insentif khas maksimum seumur hidup (terkumpul) sebanyak RM5,000 setiap individu?

Tujuan had insentif khas dinaikkan dan had maksimum insentif khas seumur hidup sebanyak RM5,000 diperkenalkan bagi setiap individu ialah:

  • Menyediakan jaringan perlindungan sosial dalam bentuk jaminan pendapatan di usia tua untuk semua;​
  • Memperluaskan liputan Skim KWSP kepada semua populasi umur bekerja termasuk pekerja dalam sektor tidak formal atau tiada pendapatan tetap; ​
  • Membolehkan seseorang individu mendapat insentif yang bermakna bagi persaraan; ​
  • Menggalakkan ahli terus menyimpan secara berterusan untuk pendapatan persaraan; ​
  • Jaminan penerimaan insentif selama 10 tahun atau sehingga ahli mencapai umur 60 tahun, mana-mana yang terdahulu.

Bilakah kenaikan kadar bayaran maksimum insentif khas i-Saraan berkuatkuasa?

Kenaikan kadar bayaran maksimum insentif khas i-Saraan berkuatkuasa mulai tahun 2024 berdasarkan caruman yang dibuat pada tahun 2024.

Adakah had maksimum insentif khas seumur hidup termasuk caruman yang dibuat pada tahun-tahun sebelum?

Tidak. Had maksimum insentif khas seumur hidup adalah bermula dari insentif khas yang diterima mulai tahun 2024.

Bagaimanakah bayaran caruman i-Saraan boleh dibuat?

Ahli boleh membuat bayaran caruman i-Saraan melalui saluran berikut :-

i. Aplikasi Mudah Alih i-Akaun (Ahli);

ii. Perbankan Internet;

iii. Kaunter Ejen Bank – BSN, Maybank, Public Bank & RHB Bank;

iv. Ejen Bank Berdaftar – (EB) BSN;

v. Bayaran secara tunai (maksimum RM500)/cek/draf bank/kiriman wang/wang pos di semua Kaunter Peresitan Pejabat KWSP;

vi. Bayaran secara Kad Debit melalui Mobile Team (MT), Mini Outreach Team (MoT) & Pejabat KWSP.

Berapakah jumlah yang perlu dicarum bagi melayakkan ahli menerima insentif khas i-Saraan maksimum sebanyak RM500 setahun?

Ahli layak menerima insentif khas berdasarkan caruman padanan sebanyak 15% daripada jumlah caruman terkumpul tahun semasa yang dibuat oleh ahli. Bagi membolehkan ahli menerima insentif khas maksimum sebanyak RM500 setahun, ahli perlu mencarum sekurang-kurangnya RM3,334 setahun.

Bilakah bayaran insentif khas i-Saraan dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli?

Bayaran insentif khas i-Saraan akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli sebanyak dua (2) kali setahun (tertakluk kepada penerimaan bayaran insentif khas daripada kerajaan).

Bayaran insentif khas adalah tertakluk kepada had maksimum RM500 setahun. Had insentif khas maksimum RM5,000 seumur hidup (terkumpul) atau mencapai umur 60 tahun, mana yang terdahulu bagi setiap individu juga diperkenalkan dan mula diambilkira mulai tahun 2024.

Bolehkah ahli memohon pengembalian semula bayaran caruman i-Saraan yang telah dibayar kepada KWSP?

Tidak boleh. Semua caruman i-Saraan yang telah dibayar kepada KWSP adalah muktamad. Justeru itu, ahli perlu memastikan bayaran adalah teratur sebelum meneruskan transaksi berkenaan.