LHDN e-Filing 2024

Last Updated on March 7, 2024 by admin

Pengenalan kepada Cukai Pendapatan

Cukai pendapatan dikenakan kepada setiap individu berdasarkan pendapatan yang diperoleh di Malaysia atau dari luar Malaysia. Individu yang memperoleh pendapatan melebihi nilai ambang yang ditetapkan perlu mendaftar untuk memfailkan cukai pendapatan. Pendapatan dari luar Malaysia yang dibawa masuk ke negara ini adalah dikecualikan daripada cukai.

Cukai pendapatan merujuk kepada cukai yang dikenakan setiap tahun ke atas individu yang menerima pendapatan hasil seperti:

  • Laba atau keuntungan dari perniagaan
  • Laba atau keuntungan dari penggajian
  • Dividen, faedah, atau diskaun
  • Sewa, royalti, atau premium
  • Pencen, anuiti, atau bayaran berkala lain
  • Laba atau keuntungan yang tidak termasuk dalam butiran di atas

Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP) mengatur pentadbiran dan kutipan cukai pendapatan ke atas individu dan pendapatan yang layak dikenakan cukai.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL), yang berada di bawah Kementerian Kewangan, bertanggungjawab untuk mengutip dan mentadbir cukai langsung negara.

Bagi tahun 2024, pastikan anda mematuhi tarikh akhir e-filing untuk mengelakkan penalti atau denda kerana tidak memfailkan cukai pendapatan mengikut undang-undang.

Tarikh Bermula e-Filing 2024

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa pengemukaan Borang Nyata (BN) untuk Tahun Saraan 2023 dan Tahun Taksiran 2023 boleh dilakukan melalui e-Filing bagi Borang E, BE, B, M, BT, MT, P, TF, dan TP bermula pada 1 Mac 2024.

HASiL telah menguatkuasakan pengemukaan BN secara mandatori menggunakan perkhidmatan yang disediakan secara dalam talian melalui gerbang perkhidmatan Portal MyTax mulai 1 Januari 2024. Pembayar cukai dan majikan boleh mengakses perkhidmatan ini terus melalui portal MyTax di sini atau melalui portal rasmi HASiL di sini > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing.

Bagi Ejen Cukai, sila menggunakan perkhidmatan Tax Agent e-filing System (TAeF) versi 2.0 melalui capaian taef.hasil.gov.my untuk tujuan ini.

Pembayar cukai boleh membuat persediaan awal dengan mengumpulkan dokumen seperti penyata pendapatan, resit, invois, dan lain-lain dokumen berkaitan cukai pendapatan untuk memfailkan BN Tahun Taksiran 2023.

Pembayar cukai berdaftar yang log masuk kali pertama ke MyTax perlu mengaktifkan Sijil Digital Individu terlebih dahulu. Sijil ini boleh dijana melalui Portal MyTax dengan memilih jenis pengenalan (No. Pengenalan) dan memilih e-KYC (telefon pintar) atau e-CP55D (komputer/komputer riba/telefon pintar).

Bagi pembayar cukai yang memilih menu e-KYC, aplikasi MyTax perlu dimuat naik di telefon bimbit untuk tujuan pengesahan identiti berdasarkan padanan dokumen pengenalan dan swafoto melalui telefon pintar. Manakala melalui menu e-CP55D, pembayar cukai perlu melengkapkan permohonan bagi log masuk kali pertama secara dalam talian dengan memasukkan alamat e-mel aktif berserta muat turun dokumen pengenalan. Pautan pengaktifan akan dihantar ke e-mel berdaftar pembayar cukai sekiranya pendaftaran berjaya.

Sekiranya pembayar cukai terlupa kata laluan, tindakan set semula kata laluan boleh dilakukan dengan log masuk ke Portal MyTax. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Pilih jenis pengenalan.
  2. Masukkan nombor pengenalan.
  3. Klik butang “Hantar”.
  4. Pilih opsyen “Lupa Kata Laluan” dan pilih medium untuk set semula.
  5. Pautan untuk membina kata laluan baharu akan dihantar ke e-mel berdaftar pembayar cukai.

Jika pembayar cukai masih menghadapi masalah berhubung kata laluan, mereka boleh merujuk kepada panduan terlupa kata laluan yang disediakan di Portal MyTax atau menghubungi Hasil Contact Centre di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara) atau 603-8911 1000 (Luar Negara). Selain itu, pembayar cukai juga boleh menggunakan HASiL Live Chat.

Melalui MyTax, pembayar cukai juga boleh membuat semakan status penghantaran BN, bayaran balik, kedudukan e-Lejar, dan maklumat Potongan Cukai Bulanan (PCB). Maklumat lanjut berkenaan Program Memfail BN Bagi Tahun 2024 boleh dirujuk di portal rasmi HASiL melalui pautan berikut:

Tarikh Akhir e-Filing 2024

Jenis Borang Kategori Tarikh Akhir Pengemukaan 
e-E Majikan 31 Mac 2024 (Tambahan masa 1 bulan untuk eFiling)
e-BE Individu Pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan 30 April 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
e-B Individu Pemastautin yang menjalankan perniagaan 30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
e-P Perkongsian 30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
e-BT Individu Pemastautin (Pekerja berpengetahuan/Berkepakaran) > Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
> Menjalankan perniagaan : 30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
e-MT Individu Bukan Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan) > Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2024
> 30 Jun 2024 (Menjalankan perniagaan)
e-M Individu Bukan Pemastautin > Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2024
> 30 Jun 2024 (Menjalankan perniagaan)
e-TF Pertubuhan > Tidak Menjalankan perniagaan : 20 April 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
> Menjalankan perniagaan : 30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
e-TP Harta Pusaka Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
> Menjalankan perniagaan : 30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
e-TJ Keluarga Sekutu Hindu > Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2024
> 30 Jun 2024 (Menjalankan perniagaan) *Tiada e-Filing
C 2024 Syarikat (Pembayar cukai dan majikan yang terdiri daripada syarikat diwajibkan mengemukakan borang C dan borang E secara e-filing) 7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
e-C1 Koperasi 7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
e-PT Perkongsian libiliti terhad 7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
e-TC Unit amanah/amanah harta tanah 7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
e-TA Badan amanah 7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
e-TR Amanah pelaburan harta tanah/tabung amanah harta 7 bulan daripada tarikh penutupan akaun *Tiada eFiling
e-TN Amanah perniagaan 7 bulan daripada tarikh penutupan akaun *Tiada eFiling
e-CPE Orang yang boleh dikenakan cukai di bawah seksyen 30A Akta Petroleum
(Cukai Pendapatan) 1967 [Eksplorasi]
Dalam tempoh 7 bulan dari tarikh akhir tempoh eksplorasi
e-CPP 2024 Orang yang boleh dikenakan cukai di bawah seksyen 30 Akta Petroleum
(Cukai Pendapatan) 1967 [Produksi]
Dalam tempoh 7 bulan dari tarikh akhir tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan

Panduan Memfail Cukai Pendapatan

Mulai 1 Januari 2024, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) akan mewajibkan penggunaan e-Perkhidmatan bagi perkhidmatan yang disediakan secara dalam talian melalui Portal MyTax. Antara borang yang boleh difailkan melalui portal MyTax termasuklah borang E, BE, B, BT, P, MT, dan TF.

Pembayar cukai dan majikan perlu menggunakan e-Filing untuk mengemukakan borang nyata (BN) yang mempunyai kemudahan e-Filing. Kegagalan setiap individu untuk memfailkan cukai mengikut tarikh akhir e-filing 2024 boleh menyebabkan anda dikenakan penalti.

Denda / Penalti Lambat Mengemukakan e-Filing 2024

Jika anda gagal mengemukakan borang cukai dalam tempoh yang dibenarkan (sehingga akhir tarikh e-filing), tindakan berikut boleh diambil:

    BN selain Borang E dan Borang P:
  • Tindakan di bawah subseksyen 112(1) ACP 1967 / subseksyen 51(1) APCP 1967 ATAU
  • Pengenaan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967 / subseksyen 51(3) APCP 1967.
    Borang E dan Borang P:
  • Tindakan di bawah subseksyen 120(1) ACP 1967.