Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) 2024: Panduan Pendaftaran & Kemaskini Maklumat
Last Updated on February 5, 2024 by admin
Apakah itu PADU dan mengapanya penting?
Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah pangkalan data negara yang menyimpan maklumat individu dan isi rumah. Dilancarkan pada 2 Januari 2024, PADU bertujuan meningkatkan efisiensi penyampaian perkhidmatan kerajaan dan menyokong keputusan berdasarkan data.
Pendaftaran dalam PADU adalah penting untuk memastikan maklumat individu dikemaskini secara berkala, memastikan keakuratan dan ketepatan dalam pengurusan data serta memastikan mendapat manfaat dari bantuan, subsidi, dan perlindungan sosial yang disediakan oleh kerajaan.
Siapakah yang patut berdaftar dengan sistem PADU?
Semua warganegara dan pemastautin tetap yang menetap di Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas patut berdaftar dengan sistem PADU. Ini termasuk individu rujukan (IR), anggota individu rujukan (AIR), dan ketua isi rumah (KIR) yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Bagaimana Cara Daftar PADU secara Dalam Talian?
PENDAFTARAN AKAUN:
Langkah 1: Isikan Maklumat Asas
1. Layari www.padu.gov.my
2. Klik butang ‘DAFTAR SEKARANG’ (atau butang ‘DAFTAR AKAUN’ seperti yang ditunjukkan dalam video di bawah) dan isikan maklumat yang dipaparkan.
*Perkara Penting: Isikan maklumat asas yang sama seperti yang tertera pada kad pengenalan.
Langkah 2: Pengesahan Akaun
3. Isikan OTP yang diterima melalui e-mel atau SMS dalam tempoh 3 minit.
Langkah 3: Tetapkan Kata Laluan
4. Tetapkan kata laluan kuat untuk log masuk dan pengemaskinian maklumat.
*Perkara Penting: Pastikan kata laluan mengandungi sekurang-kurangnya lapan aksara dengan gabungan huruf besar, huruf kecil, angka dan aksara khusus (@#$!%?&*).
Langkah 4: Pengesahan Identiti Melalui e-KYC
5. Sediakan kad pengenalan dan mulakan proses pengesahan identiti melalui e-KYC: ambil gambar MyKad (hadapan), ambil gambar MyKad (belakang), dan ambil gambar wajah pemilik MyKad (swafoto).
Setelah berjaya mengesahkan identiti anda, daftar masuk ke PADU.
*Perkara Penting: Tanggalkan cermin mata untuk mengelakkan pantulan cahaya.
Berikut adalah video yang menunjukkan cara-cara untuk mendaftar dalam PADU:
SEMAK PROFIL & KEMAS KINI
6. Klik butang ‘SEMAK PROFIL’ dan log masuk ke PADU dengan nombor kad pengenalan dan kata laluan anda.
7. Klik ‘LOG MASUK’.
8. Selepas itu, semak maklumat profil yang dipaparkan.
9. Anda juga boleh klik ‘KEMAS KINI’ untuk mengemaskini maklumat terbaru anda.
10. Setelah siap, anda perlu melakukan ‘Pengesahan & Perakuan Penghantaran Data’ dan ini hanya boleh dilakukan SATU KALI SAHAJA setelah semua maklumat yang diperlukan telah diisi dengan lengkap.
Sebarang pembetulan hanya boleh dibuat sehingga kebenaran untuk mengemaskini dibuka semula pada fasa akan datang.
Sila rujuk kepada video berikut tentang cara menyemak dan mengemaskinikan profil dalam PADU:
Apakah Dokumen yang Diperlukan untuk Pendaftaran Manual di Kaunter PADU?
Untuk pendaftaran manual di kaunter, sila bawa:
- Kad pengenalan & salinan kad pengenalan
- Maklumat bank
- Pendidikan tertinggi
- Maklumat pekerjaan
- Maklumat pendapatan
- Maklumat komitmen
Apakah Tempoh Pendaftaran dan Kemaskini Maklumat?
Pendaftaran dibuka dari 3 Januari hingga 31 Mac 2024.
Pastikan pengemaskinian maklumat dilakukan dalam tempoh tiga bulan pertama untuk pemprosesan data yang lebih cepat.
Apakah kelebihan Pendaftaran dalam PADU?
Pendaftar PADU akan menikmati pelbagai kelebihan, termasuk diskaun di MYDIN. Pastikan anda mendaftar di MYDIN Rewards WEBAPP untuk menikmati diskaun tersebut.
Bagaimanakah untuk membuat aduan atau memberi maklum balas tentang PADU?
Klik butang ‘MAKLUM BALAS’ dan lengkapkan borang yang dipaparkan sebelum klik butang ‘HANTAR’.
Pastikan anda mengesahkan akaun anda dengan masukkan OTP yang dihantar ke emel anda dalam tempoh 3 minit.
Klik butang ‘SAHKAN OTP’ untuk memastikan borang anda dihantar dengan berjaya.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Untuk maklumat lanjut, sila lawati portal PADU atau hubungi Hotline PADU di 1-800-88-7720 atau 1-800-88-7721 (pada 8.00 pagi hingga 9.00 malam).
Anda juga boleh menyemak lokasi kaunter PADU di sini.