Rumah Mesra Rakyat 2024 – Semakan & Permohonan

Last Updated on March 3, 2024 by admin

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.), menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR). Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB, di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan untuk setiap keluarga di Malaysia.

Program Rumah Mesra Rakyat 2.0 adalah kesinambungan program sedia ada untuk meningkatkan pemilikan rumah bagi golongan B40 melalui bayaran tunai atau pinjaman institusi kewangan.

Apakah Rumah Mesra Rakyat?

Program ini membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM5,000 yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usang tetapi memiliki tanah untuk membina rumah sendiri. SPNB akan membina rumah mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Harga & Rekabentuk Rumah Mesra Rakyat:

PERKARA

SEMENANJUNG MALAYSIA

PULAU DI SEMENANJUNG MALAYSIA

SABAH / SARAWAK/ LABUAN

Kaedah permohonan

Permohonan secara online (laman web SPNB)

Konsep

Rumah sesebuah satu (1) tingkat, 3 bilik tidur dan 2 bilik air

Keluasan rumah

750 kps

750 kps

750 kps

Keluasan tanah(tertakluk kepada rekabentuk)

3,000 kps(279 mps)

3,000 kps(279 mps)

3,000 kps(279 mps)

Harga

RM 75,000

RM 85,000

Bermula RM 75,000

Subsidi (pembinaan)

RM 20,000

Jumlah pinjaman

Tertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh SPNB

Anggaran bayaran bulanan

Kaedah pembiayaan

I. Pembiayaan dan kutipan diuruskan oleh SPNB
II. Pembayaran balik melalui kaunter BSN/Bank Islam dan Sistem Jompay

Dokumen perjanjian dan sekuriti

Firma guaman berdaftar dengan SPNB

Pelaksanaan pembinaan

I. Kontraktor Gred G1-G7
II. Pembekal utama produk
III. Berdaftar dengan SPNB dan CIDB

Syarat Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun.
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

Cara Permohonan Rumah Mesra Rakyat:

  1. Secara online:
    • Layari https://rmr.spnbonline.com.my
    • Klik “Pendaftaran Baru” dan isi borang
    • Terima login ID dan kata laluan
    • Log masuk dan mulakan permohonan RMR
    • Isi maklumat ke dalam sistem
    • Cetak borang setelah selesai
    • Majukan borang dan dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB terdekat
  2. Secara manual:
    • Dapatkan borang di Cawangan SPNB
    • Lengkapkan borang dan majukan kembali ke SPNB

Dokumen Yang Diperlukan:

  • Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon Kedua (jika berkaitan)
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan Sijil Carian Rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini (3bulan) / Surat Akuan Sumpah pendapatan / Surat Pengesahan Pendapatan pemohon / pemohon kedua
  • Surat Akuan Sumpah / Surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang
  • Surat Akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar

• Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A.
• SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.
• Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.

Semakan Status Kelulusan:

  • Maklum balas dalam tempoh 3 bulan
  • Kelulusan tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan
  • Pembinaan rumah: 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong/perjanjian

Tanggungjawab Pemohon:

  • Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
  • Menyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi
  • Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
  • Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  • Membuat pinjaman kepada bank/institusi kewangan (jika perlu)

Pembayaran RMR Secara Online:

Anda boleh membayar pinjaman RMR melalui JOMPAY.

Cari logo JomPay dan Biller Code pada surat arahan pembayaran yang diterima daripada SPNB.
Terdapat 40 Bank yang berdaftar dengan JomPay. Daftar masuk ke Bank pilihan anda dan klik JomPay.
Masukkan maklumat yang berdaftar dan sahkan.
Cara-cara bayaran balik pembiayaan Rumah Mesra Rakyat (RMR):
Biller Code: (Rujuk Kod Pembayaran JomPay)
Amount (RM): Jumlah Pembayaran
Ref-1: No Akuan RMR
Ref-2: No Kad Pengenalan

Kod Pembayaran JOMPAY:

RMR 2002 – RMR 2019
Semenanjung / Pulau:
RM100, RM150, RM270, RM360

Sabah & Labuan:
Pembayaran bermula dari RM150 sehingga RM360 Pembayaran boleh dilakukuan di BSN/ melalui JOMPAY.

Kod JOMPAY adalah 13987 (untuk semua negeri)

RMR 2020 – RMR 2022
Semenanjung: RM300.00
Sabah & Labuan: Pembayaran Bulanan bermula dari RM300 sehingga RM370 Pembayaran boleh dilakukan di Bank Islam/ melalui JOMPAY.

*Kod JOMPAY mengikut negeri adalah:

  • Selangor,KL,Putrajaya : 631085
  • Perlis : 158394
  • Johor : 296053
  • Kedah, P.Pinang : 546879
  • Melaka : 560128
  • Sembilan : 691543
  • Terengganu : 775239
  • Pahang : 781252
  • Kelantan : 783597
  • Perak : 789446
  • Sabah,Labuan : 106526

*Pembayaran Kod Jompay RMR adalah merujuk kepada lokasi negeri Rumah Mesra Rakyat yang telah dibina.

Untuk maklumat bil dan bayaran terdahulu, sila layari: https://rmrportal.spnbonline.com.my/

Soalan Lazim:

Di manakah borang RMR boleh diperolehi?
Melalui laman sesawang SPNB/Pejabat Cawangan SPNB.

Apakah yang perlu dibuat jika terlupa kata laluan?
Sila hubungi SPNB di talian 03-7849200 (Jabatan Rumah Mesra Rakyat).

Berapa lamakah tempoh kelulusan dan pembinaan rumah?
Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan. Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada perutukan kewangan tahunan Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada termas dan syarat.

Bolehkah menggunakan tapak tuan tanah yang telah meninggal dunia?
Tidak boleh, kesemua tuan tanah mestilah hidup dan memberi kebenaran serta tidak boleh mempunyai sebarang sekatan untuk pendaftaran gadaian.

Bolehkah memohon sekiranya tanah mempunyai banyak tuan tanah?
Boleh sekiranya kesemua tuan tanah (masih hidup) memberi kebenaran.

Apakah sebab permohonan ditolak?
Antara sebab utama permohonan ditolak adalah:
1. Pendapatan seisi rumah melebihi syarat kelayakan
2. Telah memiliki rumah yang masih berkeadaan baik
3. Tapak cadangan tidak sesuai
4. Geran hakmilik mempunyai masalah / sekatan

Siapa yang bertanggungjawab untuk penyediaan tapak dan penyambungan air/elektrik?
Pemohon perlu menyediakan tapak dan membuat penyambungan air dan elektrik. SPNB hanya membina rumah sahaja.

Bolehkah rumah diubahsuai?
Boleh. SPNB hanya akan membina rumah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan ubahsuai yang tidak melibatkan struktur boleh dipertimbangkan melalui permohonan kepada SPNB. Ubahsuai yang berlaku tanpa pengetahuan SPNB adalah di bawah tanggungjawab pemohon.

Bagaimana membuat pembayaran bulanan?
Pemohon perlu membuka akaun dan membuat bayaran melalui kaunter BSN, Pejabat Pos, JOMPAY, Agen BSN, dan mesin CDM BSN. Pembayaran di Pejabat Cawangan juga boleh dilakukan.

Jika pemohon meninggal dunia, siapa yang perlu bayar bayaran bulanan?
Jika simati telah diinsuranskan, maka pinjaman tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Insurans. Jia tidak, pemohon kedua/tuan tanah/pewaris perlu meneruskan pembayaran bulanan.

Sumber Maklumat:

Maklumat Lanjut:

IBU PEJABAT
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort,
Seksyen U2, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-7849 2000
Faks: 03-7849 2020
Email: [email protected]
8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin – Jumaat)

CAWANGAN KEDAH
No 1, Jalan PPZ 1, Pusat Perniagaan Zamrud, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-4250 378
Email: [email protected]
En. Ahmad Yamani bin Zainol
8.30 pagi – 5.30 petang (Ahad – Rabu)
8.30 pagi – 4.00 petang (Khamis)

CAWANGAN PAHANG
A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-573 3222
Faks: 09-573 3666
Email: [email protected]
En. Abdul Latif Bin Mokhtar
8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin – Jumaat)

CAWANGAN MELAKA
No. 19, Jalan Lagenda 3, Taman 1 Lagenda,
75400 Melaka.
Tel: 06-288 4335 / 06-288 4770
Email: [email protected]
En. Khairul Azhar bin Abdullah
8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin – Jumaat)

CAWANGAN JOHOR
Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-225 9900 / 07-225 9911
Faks: 07-222 3233
Email: [email protected]
En. ⁠Irwan Bin Sharifuddin
8.30 pagi – 5.30 petang (Ahad – Rabu)
8.30 pagi – 4.00 petang (Khamis)

CAWANGAN TERENGGANU
Tingkat 2, Bangunan TD1303, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-625 0076 / 09-625 0067
Email: [email protected]
En. Azhar bin Mohd Rizlan
8.30 pagi – 5.30 petang (Ahad – Rabu)
8.30 pagi – 4.00 petang (Khamis)

CAWANGAN KELANTAN
Lot 635 (Corner Lot), Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-740 6546 / 740 6048
Faks: 09-740 5045
Email: [email protected]
Mejar (B) Ismail bin Hassan
8.30 pagi – 5.30 petang (Ahad – Rabu)
8.30 pagi – 4.00 petang (Khamis)

CAWANGAN PERAK
No. 30-1, Jalan Meru Bestari B5, Medan Meru Bestari, 30020 Ipoh, Perak.
Tel: 05-526 4188 / 05-526 3876 / 05-526 5438
Faks: 05-526 4319
Email: [email protected]
En. Norazmi Bin Nuruddin
8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin – Jumaat)

CAWANGAN SABAH
Lot B1.3 & B1.6, Tingkat 1, Blok B, Bangunan KWSP. Jalan Karamunsing, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 088-274 663 / 013-880 8194 (Hotline)
Faks: 088-274 665
Email: [email protected]
En. Reggie Sua @ Mohd Haffiz bin Abdullah
8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin – Jumaat)

CAWANGAN SARAWAK
Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, 93050 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-230 032 / 082-240 032
082-230 055
Email: [email protected]
En. Wan Habeeb Alli bin Wan Yep Mohdzar
8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin – Jumaat)

CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
No 19 & 19 A, Jalan Ainsdale 15/3,
Bandar Ainsdale, 70200 Seremban,
Negeri Sembilan.
Tel: 014-382 4979
Email: [email protected]
En. Mohd Faizal bin Burhoroldin
8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin – Jumaat)

PEJABAT TAPAK PERLIS
Pejabat Tapak SPNB Perlis, Lot No 10, Tingkat Bawah, Jln Dua, Medan Sri Pulai, 01000 Kangar, Perlis.
Tel: 04-976 8570 / 04-976 8401
Email: [email protected]
En. Ahmad Yamani bin Zainol
8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin – Jumaat)