Pemberian Tol Percuma Tahun Baru Cina 2024 (8 & 9 Februari 2024)

Last Updated on February 8, 2024 by admin

Kementerian Kerja Raya telah mengisytiharkan tol percuma untuk semua kenderaan Persendirian (Kelas 1) sempena Tahun Baru Cina 2024! Pemberian tol percuma ini akan dilaksanakan di semua lebuh raya bermula pada jam 12.01 tengah malam, 8 Februari 2024 (Khamis) dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 9 Februari 2024 (Jumaat),

Tol percuma ini hanya untuk kenderaan persendirian kelas 1 di rangkaian Lebuhraya PLUS, bersamaan kenderaan kelas 2 dan 3 di Jambatan Pulau Pinang. Tol percuma ini boleh dinikmati di 92 plaza tol di lebuhraya PLUS dan 10 plaza tol di LPT2. Namun, tol percuma ini tidak ditawarkan di plaza tol di sempadan negara iaitu di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (di Tambak Johor) dan Plaza Tol Tanjung Kupang (di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura – Linkedua).

Tujuan inisiatif ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kelas kenderaan dan terutamanya mereka yang menyambut Tahun Baru Cina. Ini juga sejajar dengan matlamat Kerajaan Perpaduan dalam membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat yang berbilang agama, bangsa dan kepercayaan.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai tempoh tol percuma ini untuk rujukan anda.

Pemberian Tol Percuma Sempena Tahun Baru Cina 2024

  • Pada 8 FEBRUARI 2024 (KHAMIS), 12.01 pagi hingga 11.59 malam, dan
  • Pada 9 FEBRUARI 2024 (JUMAAT), 12.01 pagi hingga 11.59 malam
  • Untuk kenderaan persendirian KELAS 1 sahaja, bersamaan kenderaan kelas 2 dan 3 di Jambatan Pulau Pinang
  • Di semua plaza tol KECUALI di plaza tol di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim.

Cadangan Waktu Perjalanan

Anda disyorkan untuk mengikuti cadangan waktu perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA).

Untuk pelanggan yang memilih untuk menggunakan kad Touch ‘n Go, anda perlu menyentuh kad Touch ‘n Go di lorong tol, tetapi tiada tol akan dikenakan atau dipotong daripada baki kad anda.

Jika anda menggunakan RFID, sila masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID sahaja, dan tiada tol akan dikenakan atau dipotong daripada baki eWallet anda.

PLUS telah memperkenalkan kaedah digital terkini melalui Program Rintis My-TTA yang menggunakan Aplikasi PLUS untuk membantu anda merancang perjalanan anda sempena perayaan ini.

Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dikeluarkan berdasarkan data trafik sebagai panduan dan membantu anda menikmati pengalaman perjalanan yang lebih lancar dalam tempoh perayaan ini.

Panduan Menikmati Tol Percuma Di Lebuhraya PLUS

PLUS telah menjelaskan dengan lebih terperinci bagaimana pemberian tol percuma ini dilaksanakan di rangkaian lebuhrayanya:

  • Di lebuhraya yang menggunakan sistem Tol Tertutup (biasanya bagi lebuhraya antara bandar), Tol percuma dinikmati apabila anda melalui plaza tol keluar dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Untuk membolehkan PLUS merekodkan data trafik, pelanggan yang memilih untuk menggunakan kad Touch ‘n Go, mereka masih perlu menyentuh kad Touch ‘n Go mereka di lorong tol di plaza tol. Walau bagaimanapun, tiada tol akan dikenakan atau dipotong daripada kad Touch ‘n Go mereka.
  • Seterusnya, pelanggan yang memilih untuk menggunakan RFID juga perlu memastikan mereka masuk dan keluar dari lebuhraya menggunakan lorong RFID sahaja. Seperti kad Touch ‘n Go dan SmartTAG, tiada tol akan dikenakan atau dipotong daripada eWallet mereka.
  • Bagi pelanggan kad Touch ‘n Go, mereka dinasihatkan untuk memeriksa status kad Touch ‘n Go sebelum perjalanan mereka dengan Touch ‘n Go Sdn Bhd di https://tngportal.touchngo.com.my/ .Ini adalah untuk mengelakkan mereka tersangkut di lorong tol yang menyebabkan kesesakan jika menggunakan kad Touch ‘n Go yang tidak aktif dan telah dinyahaktif.Mereka boleh menukar kad baru dengan pihak Touch ‘n Go atau wakilnya yang sah.

Pelanggan lebuhraya juga digesa untuk memuat turun Aplikasi PLUS untuk melihat keadaan trafik terkini di lebuhraya melalui paparan CCTV yang disediakan.

Selain itu, mereka juga disarankan untuk menggunakan Waze atau GoogleMap untuk merancang perjalanan mereka sepanjang musim perayaan ini.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan maklumat trafik terkini, sila rujuk kepada butiran yang dikongsikan di bawah:

Sumber Maklumat: https://www.plus.com.my/